"Ummatku, ummatku, ummatku" ~~
Inilah perkataan yang keluar dari mulut Junjungan Mulia kita, Nabi Muhammad S.A.W. Betapa sayangnya baginda pada kita semua yang bukan ada pertalian darah pun dengannya.
Bagaimana pula dengan kita? Apa yang kita lakukan untuk membalas cinta & kasih baginda kepada kita?
Jom semaikan selawat di dalam kehidupan seharian kita. Untuk sentiasa ingat, semaikan selawat dalam perbuatan yang kita lakukan setiap hari.
Contohnya: Setiap kali selepas/ sebelum makan, selawat. Atau setiap kali nak menghidupkan enjin kereta, selawat. Atau setiap kali sebelum buka laptop/ pc, selawat.
In shaa Allah jika sudah dibiasakan, tidaklah sukar bagi kita untuk sentiasa ingat & berselawat kepada Rasulullah S.A.W. pada setiap hari yang kita lalui~ ^_^
Salam Maulidurrasul dari saya buat semua umat Islam ~ ^_^
No comments:
Post a Comment