Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt ...
Alhamdulillah. Bersyukurlah ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi dua nikmat terbesar iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman pada hari ini. Tidak lupa juga nikmat kesihatan, yang mana dengan kesihatan tubuh badan yang baik mendorong kita untuk melaksanakan lebih banyak perkara-perkara yang berfaedah selagi mana tidak bercanggah dengan kehendak syarak. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para sahabat baginda r.a.
aku termenung jauh memandang langit dimalam hari ni.. subhanallah terang sungguh bulan malam ni..muhasabah diri sampai jadi menangis terus mengenangkan diri yang cukup lemah,amalanku masih sikit,ibadatku ..ALLAH..aku hambamu yang mencari keredhaanMu Ya Rabb..bantulah aku dalam mendalami ilmu dunia dan akhirat.. peliharalah akhlakku.. diriku.. sungguh aku amat cemburu melihat wanita wanita solehah yang lain.. Ya ALLAH betapa kerdilnya diri aku utk dibandingkan dengan mereka yang lain.. aku belum mampu untuk berdakwah di khalayak ramai.. aku aku teringin menyebarkan dakwah mu ya Rasullullah.. ALLAH ALLAH ALLAH.. ='( * tak dapat nak digambar kn perasaan ini.. air mata jatuh berjujuran sama seperti hujan yang lebat membasahi bumi *
melihat muslimah berpurdah.. SubhanALLAH... hati meronta ronta mahu memakainye.. memang ade aku pakai,tp tidaklah seperti mereka yang istiqamah... aku hanya memakai pada program2 tertntu yg tntunya ramai niqabis.. krn aku tahu itulah peluang aku utk merasa betapa indahnya dan betapa gembiranya aku dapat sama2 memakai niqab sesame mereka niqabis yang lain.. aku takut aku tidak boleh beristiqamah.. krn dunia ini yang penuh dgn nafsu yang menggoda...
tibe tibe hati aku dan perasaan aku terdetik kuat kah aku? tabah kah aku ? sabar kah aku dalam menempuhi kehidupan yang bakal mendatang.. penungguan yang aku sendiri tidak tahu adakah ia berakhir dengan kebahagiaan yang akan aku kecapi..? atau sebaliknye... ALLAHHUAKBAR.. hambamu ini begitu lemah
Ya ALLAH..
Ya ALLAH... inilah jalan yang aku pilih setelah aku beristikharah meminta petunjuk dari mu Ya Rabb..
penungguan menunggu Hambamu juga yang aku sendri tidak tahu berapa tahun, juga adalah dari jawapan Istikharah meminta petunjuk dari mu Ya Rabbul Izzati...kuatkanlah aku... tabahkanlah aku sabarkanlah aku dalam menempuhi perjalanan yang masih panjang ini...kerana aku hanya mampu memegang hatinya melalui DOA meminta kepadamu kerana dia juga adalah hambamu yang hanya kau Ya ALLAH yang mampu menjaga hatinya ,seperti kata kata
" ~ tak pegang tangan tak apa, dia tak hilang, selagi awak peluk hatinya dengan DOA.. :) ~ "
dan jika dia adalah milikku satu hari nanti.. kau tetapkanlah hatinya untukku...
" ~ tak pegang tangan tak apa, dia tak hilang, selagi awak peluk hatinya dengan DOA.. :) ~ "
dan jika dia adalah milikku satu hari nanti.. kau tetapkanlah hatinya untukku...
ditambah lagi dengan kerinduan pada ibu dan ayah, serta adik adik.. air mata makin laju turun..opah dan wan dikampung.. Ya ALLAH kau ampunilah dosa dosa ibu dan ayahku seperti mana mereka menyayangi aku sejak dari kecil..jauhilah mereka dari sebarang penyakit... panjangkan lah umur mereka Ya ALLAH... sunnguh aku amat menyayangi diri mereka.. merekalah harta paling bernilai di muka bumi ini ya Allah kurniaan dariMu..tanpa mereka berdua.. tidak akan lahir aku ke dunia ini.. tidak akan aku kenal mereka..berilah aku peluang dan kesempatan untuk membalas jasa mereka,walaupun aku tahu kasih sayang mereka tidak akan dapat dibalas olehku.. aku mohon padaMu ya Rabb.. Murahkanlah rezeki ku,, agar aku boleh membawa mereka ke tanah suci mekah rumahmu Ya ALLAH...inilah impianku..cita citaku..panjangkanlah umur mereka dan berikanlah mereka kesihatan yang baik... aku mahu pergi bersama sama mereka ke rumahmu Ya ALLAH.. berkatilah hidupku Ya ALLAH..Ampunkan dosa dosaku Ya ALLAH.. sungguh makin hari hidup ini semakin kurang dan semakin singkat...
ALLAH ALLAH ALLAH ....
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete