Thursday, 7 November 2013

Pencinta Kucing


      pencinta kucing, sangat suka pada kucing,kalau tengok kucing tepi jalan yang terbiar tak kisah la..janji terbiar, sakit, Allahu ,rasa kasihan sangat.. terbayang aku berada dekat tempat kucing tu..orang tak peduli, dipandang jijik sebab aku kucing terbiar, kotor, berkudis, T_T .. maaf kucing, kerana aku hanya mampu memandang. T_T

tapiii.. kalau tengok kucing comel.. ya Allah. rase nak gomol-gomol je. nak bawak tido sekali peluk. huu :D
nasib baik ibu geli binatang berbulu. kalau tak, ade dah aku kucing kesayangan. :D

pelik dan hairan orang yang suka mendera haiwan,kucing atau binatang apa sekalipun. jangan lah kejam. mereka juga makhluk Allah. nak hidup seperti kita. buat lah baik. pahala pun dapat.. :)


HARI JUBAH AKU

bismillah and assalamualaikum wbt .

macam dah lama jari- jari ni tak menulis. eh bukan macam dah. tapi memang pun. haha.
macam dah lupe diri sendiri ada blog. blog buruk je. kiki.

kali ni cuma nak cerita tentang hari jubahku :)
huuuu ... alhamdulillah. setelah 3 tahun bertungkus lumus. berjaya mendapat kan segulung diploma.
walau tak dekan. tak pandai macam orang- orang lain. takpe. syukur Allah beri jugak aku lulus.
ibu ayah. nah ni adiah along untuk ibu n ayah. sebab tanpa ibu dan ayah sponser, kebulur anakmu ini.. hihi.. sian ibu dan ayah, bila aku nak kerja ni. nanti ibu ayah xpayah kerja berat2 lagi bila along da kerja taw.. :D duk je umah diam2. doakan along jadi kaya okay. hee. dan jd anak yang solehah. aamiin...


bersama ijah dan teha .kawan gelak ketawa menangis bersama serumah..


saranghae ibu dan ayah.

Sunday, 21 July 2013

Melayan Mata..

SALAM RAMADHAN KAREEM .. :)

langit semakin gelap. tapi mata ini makin menjadi jadi cerahnye.
semua manusia2 dalam rumah sudah lena diulit mimpi. hanya aku. hanya aku je yang x diulit mimpi pape.
mule2 tadi sebenarnya mood utk menulis ade. tup2 xde.. internet ni waahh. bukan main lagi lombab nya.. den sabo ajo nie. haih..
esok kelas pukul 8pagi . sampai pukul 12. dengan mata yang x boleh nk pejam lagi ni.. esok mula la dalam kelas mengantok. nak kate syaitan bergayut atas mata. bulan ramadhan ni. tp kalau dah namanya tak tido malam. sah2 la esok bape minit je tumpu perhatian dekat depan lec mengajar. FATIN! eeee...lepastu bukak buk nota mula la buat hasil lukisan tangan yang paling kreatif kononnya =,=. hahahaa..untuk tahan mengantok ni. aih. jangan la wat perangai tido dalam kelas. MALU la.. time sekolah dulu boleh la. dengan muke tak taw malu. sedap2 je letak kepala atas meja. tido. ish2! .
tapi komfem la korang2 pun pernah mcm ni jugak kan. tipu la kalau kata tidak kan kan kan. :)

Tuesday, 9 July 2013

~ hari konvo ibu ~

assalamualaikum wbt..
6.7.2013 konvo ibu dekat UUM Sintok, kedah :)



Sunday, 26 May 2013

Tegur Ku Kerana Sayang ..


Assalamualaikum..
(for you MHR)


 Segala puji bagi ALLAH, pemilik nyawa ini..ALLAHUAKBAR..
Ya ALLAH..
HambaMu ini hanya insan kerdil di sisiMu..
Walaupun kerap kali tewas dek bisikan-bisikan nafsu..
Walaupun acap kali tersungkur di lambung ombak perasaan..
Walaupun sering kali rebah dan bangun silih berganti..
Engkau tetap menyayangi diri ini..
Syukurku yang tidak terhingga kepadaMu:
Doaku yang sentiasa Engkau dengari..
Luahan hati telah sarat HambaMu ini kirimi..
Dan tanpa jemu Engkau memberkati diri ini..
HATI..
Hati ini Ya ALLAH, Hati ini yang begitu rapuh diamuk badai dunia..
HambaMu ini cuba untuk berlagak "kuat"..
HambaMu ini cuba untuk tidak goyah..
HambaMu ini cuba untuk tidak melatah..
Namun, kadangkala ia rebah jua..
Astagfirullahalazim..HambaMu ini memohon keampunan dari Engkau Yang Maha Hebat..
Ya ALLAH..
Kadangkala hati ini terasa begitu "gagah" di saat menerima uijian dariMu..
Namun, kadangkala hati ini beralih arah, berbolak balik dan resah menyelimuti kalbuku..
Kerana itu Ya ALLAH, Engkau ampunilah dosaku Ya ALLAH..
Hati ini dalam peganganMu..Engkau penuhkanlah ia dengan cahaya keimanan..
Ya ALLAH..
Dugaan dunia ini maha hebat..
HambaMu ini takut Ya ALLAH..
HambaMu ini gentar Ya ALLAH..
HambaMu ini hamba yang sentiasa khilaf Ya ALLAH..
Dengan itu, Engkau bimbinglah hati ini Ya ALLAH..
Kerana hambaMu ini tahu, hambaMu ini sedar..Yang segala-galanya bermula dengan hati..
"Innamal a'malu binniyat" : Sesungguhnya segala amalan itu bermula dengan niat..Dan niat itu tentulah datang dari hati yang tulus suci..
Maka dengan itu Ya ALLAH, Engkau pimpinlah hati ini menuju ke jalanMu..Amin Ya Rabb..



* ya Allah teguranku pada hambamu itu kerana sayang,, teguran ku pada hamba mu itu sebagai ingatan bersama ,teguran ku pada hambamu itu tanda kasihnya diri ini utknya.. ya Allah.. teguran ku pada hambamu itu kerana inginkan timbulnya kesedaran dalam diri serta jiwanya ya Allah.. teguranku pada hambamu itu..ya Allah.. tanda masih ada orang sekeliling yang masih mengambil berat tentangnya.. walaupun hnya cuma aku yang jahat ini.. walaupun cuma aku yang tidak tahu dimana terletak dalam kotak hatinya.. mungkin.. kata-kata ku hanya seperti angin .. hilang tanpa dihiraukan..  andai itulah yang berlaku Ya Allah.. Kau jagakanlah dia utkku.. kerna ku x mungkin mampu jaga dia seperti mana kau menjaga hati hamba hambamu.. bantulah dia dalam mencari erti kehidupan.. bantulah dia dalam mendidik hati menjadi lebih baik dari sebelumnya.. serta anak yang soleh..aku hanya mampu berpesan dan berpesan seta menasihatinya..Maafkan diri ini kerana mungkin banyak melukakan hati dalam berkata-kata. tp percayalah teguranku itu kerana sayang..Aku adalah aku.. yang masih setia dalam penantian...moga kau akan mengerti penantianku ini.. penantian dari seorang  yang mungkin kurang dari ilmunya..yang terlalu byk kekurangan... ttapi angan-angannya yang tinggi mahukan seorang yg serba serbi .. maafkan aku.. :'(  ambil yang jernih ,,buang yang keruh.. ayuhla.. kita sama sama menjaga buku baru yang telah dicipta ini.. kerana kisah dulu menjadi pengajaran buat kita berdua.. aku mohon kau dan aku.. tidak akan mengulangi nya lagi :'(

 Perjalanan masih jauh,masih banyak yang perlu ditempuh.
Pelbagai dugaan menanti dihadapan.
Yakinkanlah hati bahawa dugaan Allah tanda kasih sayangNya.
Tabahkanlah hati bahawa tiada masalah yang tiada penyelesaiannya.
Tetapkanlah hati agar tidak putus asa di atas rahmatNya.
Kuatkanlah hati agar sentiasa mengingatiNya di saat duka dan gembira.
Pesanlah pada hati bahawa tiada duka yang abadi.
Kuatkanlah semangat kerana Allah tidak akan menguji hambanya lebih dari kemampuan mereka.

Ya Allah ,
Bantulah kami mencari keredhaanMu.
Bantulah kami kembali ke jalanMu.
Bantulah kami mendapatkan hidayahMu.
Bantulah kami menyedari segala kesilapan diri.
Bantulahkami menyesali segala kehilafan diri.
Bantulah kami yakin padaMu.
Bantulah kami mendekatkan diri kepadaMu.
Bantulah kami mencari pintu taubatMu.
Bantulah kami terangi hidup dengan CahayaMu.
Bantulah kami bersyukur di atas rahmatMu.
Bantulah kami menerima petunjukMu,
                                                              Bantulah kami mencintaiMu.





                                                       

Monday, 13 May 2013

Dalam Rindu Terselit Doa ~


" Ya Allah, jagalah insan ini di kala penjagaanku tidak sampai kepadanya, sayangilah dia dikala rasa sayangku tidak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata.. Perhatikan dia dikala perhatianku tidak terangkum dalam kata yang sahaja.. kerana Engkau punya segala yang ku tak punya.. kerana aku ingin dia selalu menjadi pendampingku, di dunia dan harapnya bertemu di Syurga.. amin.. " ♥



~ fafau in da house :) ~

KAMI Ex-DPSM 6B 2010-2013

assalamualaikum pembuka bicara.. :)
hampir nak masuk 3minggu kami semua berpisah.. masing-masing dah pulang ke kmpung halaman.. peluang utk brjumpe lpas ni.. tak mungkin kan same mcm dulu lagi :( .. lumrah kehidupan.. lumrah pertemuan.. pasti akan adanya PERPISAHAN... kali ni nak cerite semua khas utk sahabat2 :) DPSM6b.. walaupun ayatku x sepower orang2 lain.. yg penting.. di situ terletaknya keihklasan :)

sebenarnye xboleh nak tgk gambar2 korang ni.. sebak..rindu.. 


kenangan bersama kat pengkalan balak.. berbuka puase :)


rindu semua :) 

dari fatinzulkefle a.k.a FaFa untuk korang semua ..

Disini sahabatku semuaya yang kukenali
walau dimanapun kita kenali
Kalian sentiasa bertahta disanubariku
Aku memohon kemaafan atas segala salah silapku sepanjang perkenalan kita
Aku tahu banyak salahku dan banyak jua kesalahanku selaku
sahabat dan temanmu, maafkan diri yang tidak pernah sempurna ini.

Aku kian merindui sahabat-sahabat yang jauh dariku
Teringat kenangan bersama yang telah kita coretkan
Yang kininya hanya bisa dikenang
Aku harap kalian juga masih terkenang masa lalu kita bersama
suka dan duka, yang tidak mungkin pernah padam dari ingatan
Biar ia bersemi untuk selamanya sahabat-sahabatku.
Di hari lebaran yang kian menjelma
Ku harap kalian akan berbahagia bersama keluarga, sanak saudara tercinta
Aku dikejauhan ini sentiasa mendoakan
kehidupan kita mendapat rahmat dan keberkatanNya
Semoga akan masih ada Ramadhan buat kita
Yang merupakan madrasah tarbiyah kita
Semoga kita semua istiqamah dengan amalan-amalan yang telah terlatih dalam madrasah ini
dan semoga sinaran kehidupan kita lebih terpancar untuk hari-hari yang menjelma

Salam Ramadhan terakhir tahun ini
Selamat Hari Raya AildilFitri
Maaf Zahir Dan Batin
Tulus Ikhlas Daripada
NurFatinFarehaZulkefle sekeluarga
Untuk sesiapa yang pernah mengenali diri ini
Terima Kasih atas kesudian menjadi sebahagian daripada kehidupanku.
Kata-kata dibawah ini untuk kamu-kamu semua
yang telah berada dihatiku sejak sekian lama
Moga persahabatan kita berkekalan hingga ke hujung nyawa. 

:::::::
Kita berjumpa kerana takdir.
Kita berkawan kerana kasih sayang.
Kita bersama kerana hati.
Kita bergaduh kerana harga satu ikatan.
TAPI yang paling penting, SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA.
TanpaNya tak mungkin sekarang terjadinya 1 Jalinan Hati. 1 Rahsia Rasa.
Yang mempunyai sejuta maksud pada jiwa-jiwa yang memahami erti persahabatan.

THANK YOU, TERIMA KASIH, Tiada yang lebih indah dalam kehidupan ini untuk dikenangkan melainkan dapat mengenalimu, sahabatku.

Mengingati teman tanda persahabatan.
Mengingati mati sumber kekuatan iman.
Mengingati hari akhirat semulia-mulia ingatan.
Mengingati ALLAH itulah ketenangan.

Indah "PELANGI" kerana "WARNA".
Indah "TAMAN" kerana "BUNGA".
Indah "HATI" kerana "AKHLAK".
Indah "HIDUP" kerana "KEJUJURAN.
Indah "DUNIA" kerana "UKHUWWAH" antara kita.

TRUE FRIENDS are like morning,
You can't have THEM the whole day,
But You can be sure THEY will be there
when you wake up tomorrow, next week, next year and forever.

Bila ucapan salam dikirim dari jauh,
tiada kata dapat didengar.
tiada senyumana yang dapat dilihat.
TAPI apa yang dapat dirasai,
CUMA doa ikhlas dari hati yang mengingati.

Teman yang bertahta dihatiku bukanlah yang aku khaskan ciri-cirinya agar ideal segala-galanya dimata. Tetapi Teman yang kuhargai dan kusayangi yang bertahta dihatiku adalah yang dirinya berjiwa hamba kepada Ilahi, kerana sifat kehambaannya itu umpama takzirah bergerak yang selalu mengingatkanku padaNya. Membuat hatiku tak upaya melupakannya. Subhanallah~

Secebis senyum membawa seribu makna, Sedetik rindu adalah satu perjuangan,
Satu ingatan bersemi didalam doa dari sahabat untuk sahabatnya~

Ukhti, sebutir airmata yang jatuh kerana keinsafan adalah 1000x lebih baik daripada sejuta mutiara dilautan. Sesaat bersedih kerana redha Allah adalah lebih mulia dari seharian bersedih kerana cinta manusia. Sejernih wajah kerana wudhuk yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata. Sesuci hati hanya kerana Ilahi itulah hakikat cinta abadi. Uhibbuki fillah ya ukhti, Semoga ikatan ini membawa pada satu perjuangan hakiki.

Ya Rabbi, selimuti istirehat sahabatku ini dengan kemuliaanMu, Hapuskan segala kesusahan dari hatinya. Bangunkan dirinya saat tahajudMu tiba, Rahmati dirinya kala waktu subuhMu menyapa, Hamparkan waktu-waktu yang diinfakkan keranaMu dengan sebaik-baik amalan. Perkenankanlah Ya Allah.

Aku mungkin sekadar pelangi dalam hidupmu. Hadir ku tanpa disapa, hilangku tak membawa apa-apa, tapi mengenalimu satu anugerah berharga dari "Yang Maha Esa".

Sahabatku sayang, Cinta Allah tak akan hadir kedalam hati kita jika masih ada walaupun sedikit cinta manusia. Caranya, kena bersungguh-sungguh berazam untuk tinggalkan 'si dia' kerana kita takutkan Allah. Jika kita berusaha menjaga hati kita. Allah akan campakkan rasa nikmat dan puas dalam melaksanakan 'MUJAHADAH' ini. Hatimu akan merasa betapa nikmatnya mensucikan hati.
Sahabatku sayang, jika terus juga bergelumang dalam maksiat (cinta yang tak diredhai Allah). Kita bimbang jika Allah tak nak pedulikan kita.

Ya Allah, andai sahabatku resah, tenangkanlah hatinya dengan teduhan ma'rifahMu,
andai dirinya terancam, lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu.
andai tubuhnya kedinginan, selimutkanlah kehangatan kasih sayangMu.
Rindukan jiwanya dengan saat bertemu denganMu.
Ya Allah, jangan kau biarkan hati,jiwa,jasadnya terpesona dengan duniawi,
Khusyukkan hatinya dalam rukuk dan sujudnya menghadapMu.
Berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepadanya. Ameen.

I ask Allah to.. make you happy, make you smile,guide you safely through every mile, grant you wealth, give you health and most of all grant you a successful life. InsyaAllah.

Kubina hubungan kita atas keimanan. Aku cintakanmu kerana Allah. Maka kau lebih daripada diriku kulebihkan walau itu menuntut pengorbanan. "Kerana Ukhuwah itu indah"

Semoga Allah jadikan Subuhmu cahaya, Zohormu gembira, Asarmu bahagia, Maghribmu keampunan, Isyakmu keberkatan dan doamu diterima dan diluaskan rezekimu serta ianya tidak diambil semula dan dibuka padamu pintu SYURGA tanpa sempadan. Ameen.

Ya Allah, aku rindu mujahidahku ini, sampaikan ingatan dan rindu dari jauh ini, setulus hati buat sahabat pada jalanMu, pelihara ukhuwah kami agar kekal mekar berpaksikan cintaMu, bertemu kami dalam takdirMu, berpisah kami dengan izinMu, Moga bertemu di Jannah FirdausMu.

Ya Allah kiranya Rasulmu hidup berteman, kurniakan jua kepadaku teman, tapi biarlah teman-teman dari lorong-lorong yang membenarkanMu seperti kebenaran As-Siddiq. Biarlah teman-teman dari pintu-pintu ilmuMu seperti Saidina Ali. Ya Allah, kiranya semua itu tidak layak buatku, aku tetap bersyukur ditemukan dengan teman seperti sahabatku ini, mungkin padanya ada segalanya yang tak pernah ku selami. Mungkin padanya letaknya apa yang kuimpikan selama ini. Tapi jika aku seorang teman yang tak menghargai, ampunilah dosaku Ya Allah, dan kurniakanlah kegembiraan dan rahmatMu kepada temanku ini.

Dijalan Allah persahabatan ini bukan milikku, dan bukan jua milikmu, Persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia. Kerana Dialah aku mengenalimu dan kerana Dia juga telah menetapkan kita mengukir kenangan. Persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang, Moga persahabatan ini berkekalan untuk selamanya. InsyaAllah.

Ukhwah itu bukan letaknya pada manisnya ucapan dibibir atau pada indahnya pertemuan, tetapi dalam ingatan seseorang kepada temannya dalam doanya (IMAM AL-GHAZALI)

Siang akan sepi tanpa mentari,
Malam tiadaseri tanpa rembulan,
Hidup akan sunyi tanpa teman,
Hati tiada erti tanpa IMAN.

Tatkala hati teringatkan teman, terfikir diminda adakah aku juga ada didalam hati-hatimu, tatkala hati rindukan teman, terfikir diminda adakah aku juga dirindui, tatkala kaki berat untuk melangkah pergi, hati tertanya, adakah kau ingin bersamaku lagi meniti kejayaan, Mengapa aku rindu benar padamu. Moga doaku diterima agar aku tak kan kehilangan teman sepertimu.. Semoga bertemu dan berpisah kita kerana YANG MAHA ESA.

Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu, Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku, Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuangan, peniup semangat jihadku, saling membantu memikul amanah dakwah agamaMu, Kau jadikanlah ukhuwwah ini disemai atas redhaMU, teguhkan atas Cinta PadaMu, Lindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatiMu. Ya Allah bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu. Amin.

You're true blue, I'm ragging red, together we're passionate purple, we clash at time, but we also mixed when we oppose each other, but when we work together, we blend like beautiful music, I guess that why we're friend until the end.

Alangkah bahagianya bila bersahabat sering menghargai, Bila bersama saling menyayangi, Bila terluka selalu memaafi, Bila berjauhan saling merindui, Bila keliru tetap memahami, Bila terleka kerap menasihati, Bila tersilap terus menegur. Maka bertambah manis bila kerna Ilahi.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika hidup atau selepas mati. Kuhulur tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya.

::Saya sayang sahabat saya::
::Kita semua sahabat selamanya::




Saturday, 6 April 2013

salam imtihan :)


salam imtihan warga kuim :) 
moga2 kite semue tak jd mcm gmbr kat bawah ni :(



Monday, 11 March 2013

"AKU HANYA INGIN PASANGAN SEDERHANA"


"AKU HANYA INGIN PASANGAN SEDERHANA"

Bismillahirrahmanirrahim ,,,

Aku hanyalah wanita biasa.
Aku bukanlah wanita berwajah cantik mempesona.
Aku juga bukanlah wanita yang punya segalanya.

Aku hanya ingin pasangan sederhana.
Aku tidak ingin menilai setampan apa rupanya.
Aku tidak ingin menilai sebanyak apa hartanya.
Aku tidak ingin menilai setinggi apa tahtanya.

Pasangan yang suka beramal sholeh.
Pasangan yang mengharapkan ridha_Nya.
Pasangan yang akan membawa keberkahan_Nya.
Aku berharap kelak pada suatu waktu.
Aku dipertemukan dengan pasangan pilihan_Nya.

Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada_Nya.
Seorang lelaki yang mengikuti sunnah Rasul_Nya.
Seorang lelaki yang berpedoman pada Kitab_Nya.
Seorang lelaki yang mau menerima kekuranganku.

Yang akan mampu membimbing hidupku.
Yang akan mampu mengisi hari-hariku.
Yang akan menahkodai bahtera rumah tanggaku.
Yang mencintaiku tanpa menuntut kesempurnaan-ku.

Aku ingin menyayanginya dengan sederhana.
Aku harap dia menyayangiku secara sederhana pula.
Sesederhana aku dalam mencintainya.
Biarlah saat ini aku menyemai cinta bersama_Nya.
Menyemai kerinduan akan wajah_Nya.
Sebelum aku dipertemukan dengannya.

Kelak akan kubangun Istana Indah.
Walau hanya pondok kecil dari bambu.
Kan kupagari ketulusan cinta dan kasih sayang.
Kan kujadikan pondokku sebagai Surga bagi Suami dan anakku.

Hanya satu cita-citaku.
Yaitu ingin menjadi seorang Isteri Sholehah...

Saturday, 9 March 2013

diam ku diam memerhati.


Ada masa saya diam dan memerhati, ada masa saya akan bertindak..

Ada masa boleh 'bergurau' dengan saya, ada masa saya memang serius..

Jangan main-main dengan 'diam' saya.

Jangan meninggalkan solat, Dan solatlah di awal waktu.. Hargailah PENGORBANAN Baginda ini ♥


~* Rasulullah saw mempunyai rasa malu terhadap Allah, ia terserlah dalam kisah mikraj iaitu di saat Rasulullah menerima perintah secara langsung supaya umatnya mengerjakan solat..

Pada peringkat awalnya, Allah memerintahkan solat sebanyak 50 waktu sehari..Baginda menyanggupi, namun nabi dan Rasul lain yang ditemui dalam perjalanan mikraj menasihati bahawa tugas itu terlalu berat bagi umat Muhammad..

Lantas Baginda meminta keringanan sehingga bilangan solat dikurangkan kepada lima waktu sehari..dan di saat itu, Baginda diingatkan sekali lagi bahawa solat lima kali sehari pun masih terlampau berat..namun, Baginda berasa AMAT MALU untuk kembali meminta keringanan daripada Allah..

Allah..:'(

Jangan meninggalkan solat,
Dan solatlah di awal waktu..
Hargailah PENGORBANAN Baginda ini ♥

Ya kamu .


Saat aku ingin kamu, dan berharap hanya padamu..maka aku mohon dari Allah, aku luahkan segalanya pada Dia.

Kerana Dia Maha Mendengar dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Tujuanku hanya satu dan hanya bersama seorang saja, menuju pernikahan bersamamu. ♥



Sunday, 24 February 2013

La Tahzan wahai hati :)



La Tahzan.. La Tahzan.. wahai hati yang telah bersamaku selama 21 tahun, bersabarlah..
Maafkan kerana kamu terluka lagi.. Maafkan kerana luka kali ini lebih dalam kesannya.. Maafkan aku..
Terasa diri ini tidak layak memiliki hati ini.. Maafkan aku walaupun aku pernah berjanji kamu tak akan terluka lagi, tapi tewas juga aku akhirnya.. Maafkan aku..

Besar sungguh dugaanMu.. Besar sungguh kepahitan yang aku rasai.. Kadangkala, tersungkur juga hatiku.. Walaupun aku tahu, Allah tidak akan menguji hambaNya dengan dugaan yang tidak mampu hambaNya hadapi.. Tapi benarkah sekuat ini ketabahan hatiku Ya Allah.. Benarkah seberat ini dugaan yang aku mampu tanggungi..


Ya Allah.. Jika benar ini yang terbaik untukku, damaikanlah hatiku ini Ya Allah.. Jika benar ini yang terbaik untukku, janganlah Kau panjangkan kesedihan ini Ya Allah.. Janganlah Kau wujudkan rasa kebencian dalam diri ini Ya Allah.. Dan jika ini sebaliknya Ya Allah, aku yakin Kau mempunyai cara terbaik buat aku nanti.. aku sedar diri ini tidak layak, namun aku tahu, Kau maha mendengar, Kau maha mengetahui, Kau maha mengasihani dan Kau maha pengasih..

wahai KETABAHAN, datanglah kedalam hatiku,
wahai KEKUATAN, temanilah aku,
wahai KESABARAN, hiduplah di dalam diriku..
Sesungguhnya, kehadiran kalian amat aku perlukan..


Friday, 22 February 2013

Ibu dan Ayah.


Ibu
Kau yang melahirkanku
Kau yang membesarkanku
Kau yang mendidikku
Begitu tidak ternilai budi jasamu
Mendidik anakmu

Ibu
Kini dirimu sudah separuh usia
Kini dirimu mengharap kejayaan anakmu
Kini dirimu mendoakan kemenangan anakmu
Begitulah kasih seorang ibu

Ayah
Kau menabur keringat membesarkan anakmu
Kau berpenat lelah mencari sesuap nasi
Tanpa seulas letih
Tanpa seraut culas
Tanpat sehening jemu

Ayah
Insan yang membanting tulang melindungi keluarga
Insan yang penyayang dengan sifat kasih
Insan yang melindungi dengan sifat berani
Ayah insan kami berlindung

Ibu dan Ayah
Kini anakmu sudah dewasa
Ada kalanya derhaka
Ada kalanya terkasar bahasa
Kini anakmu ini ingin mohon keampunan
Kerna anak ini tahu
Tanpa keampunan dan redhamu
Bau syurga tak dapat ku cium

Maafkan kami atas segala dosa kami wahai Ayah dan Ibu

"Kasih Ibu membawa ke syurga, Kasih ayah selama-lama"

Sekalung penghargaan untuk semua Ibu dan Ayah di dunia ini. Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa-jasa kalian mendidik kami. Semoga Allah membalas pulangan Jannah untuk kita semua berbahagia di sana.

Selamat Berbahagia sahabat.. :) semoga kekal dunia dan akhirat..

assalamualaikum :) alhamdulillah.. 10.2.2013 yang lepas.. sahabatku telah selamat di ijab kabulkan oleh roslan yang kini sudah sah menjadi suaminya... :) alhamdulillah... bahagia tgk dorang.. terserlah kebahagiaan dimata mereka.. :) sejenak ,,berfikir.. aku ? bile ? :) Allah dah tentukan.. cume biasa la bile kite yang bernama manusia ni.. mst akan trfikir jgkk kn :) .. bile nak kawen.. dgn sape dan bagai2 la lagi.. alahaiiii hati bersabar la walau tbe2 ghase mcm tak sabaaaarrrr... *nampak kan kegedikan ku disitu.. * sape la yang nak kawen lewat,umur dah tua kan.. :( kawan2 yang lain dah beranak pinak da time tu.. huk3... ok stoop ! kembali dan berpijak di bumi yang nyata semula fatin... :) kejar akhirat dulu.. bercinta,brcinte jgk.. jgn dilupa kan mne dlu yang wajib dipelajari :) mane dlu yang wajib di bahagia kan :) yang paling penting.. SAYANG KERANA ALLAH SWT :) mohon,mohon dan mohon kpdNya.. hanya dia Yang pegang Hati orang yang kita Sayang :) ..orang yang kita Cinta.. hanya Dia.. Hanya Allah SWT.. hanya Dia Yang memegang hati dan mampu menggerakkan Hati orang yang kita sayang.. agar dia juga sayang serta cinta pada kita ..



( bile camni baru gmbar jd cntikkk..sedap mate memandang )




Saturday, 16 February 2013

tak bertemu mata. tak bertanya khabar, tak semestinya tdk blh buat sesuatu..dari jauh aku hadiahkan sesuatu hasil dari hati ini..

assalamualaikum... tak bertemu mata. tak bertanya khabar, tak semestinya tdk blh buat sesuatu..dari jauh aku hadiahkan sesuatu hasil dari hati ini..
Awak, salam rindu dari kejauhan..salam kasih dari seberang ..salam sayang dari lubuk hati..moga ada petunjuk yang baik untuk aku dan engkau.. =)
Ya Allah ya Tuhanku..jagakan dia dalam setiap langkahnya..jagakan dia dalam setiap gerak hatinya..
jagakan dia untuk setiap nikmat yang kau beri padanya... Rabb.. aku mengasihinya .aku menyayanginya..maka kau berikanlah kami petunjukMu agar mudah untuk aku dan dia menjalani hari hari mendatang dengan penuh kesyukuran dan kesabaran...
Andai benar dia milikku.. kembalikan dia padaku..satukan hati kami agar dapataku bersamanya dunia dan akhirat.. semoga aku dan dia tidak tersasar dalam membuat pilihan yang abadi..
Rabb..aku terlalu merinduinya tika ini... sampaikan lah salamku ini padanya... Aamiin...


~ Cinta Tidak Semuanya Indah ~


Cinta kadang-kala datang tanpa diduga.Tanpa di atur, tanpa di minta.Mungkin datang sebagai rahmat, mungkin juga datang sebagai ujian.

Ada yang akur dengan cinta yang datang, ada yang cuba menghindarinya dengan pelbagai alasan.Seribu satu alasan, seribu satu helah.Mungkin takut, mungkin hilang percaya, mungkin merawat luka di hati.

Cinta macam peluang, bila dia datang, kita sambut, kalau kita lepas, ia akan berlalu pergi.Mungkin boleh  di umpamakan cinta macam keretapi.Kita menunggu di stesen penumpang, menunggu untuk sampai ke perhentian terakhir.

Aku menunggu di stesen ini, melihat keretapi yang sibuk datang dan pergi.Macam musim.Hingga satu saat, aku memberi peluang kepada diri sendiri, untuk melangkah ke dalam keretapi yang akan membawa aku ke destinasi yang aku ingin kan; perhentian terakhir.

Perjalanan sungguh indah dengan permandangan alam.Aku suka, aku gembira, aku bersyukur kerana aku memberanikan diri untuk menaiki keretapi ini.Aku tidak ingin turun, aku ingin terus pergi hingga ke perhentian impian.

Tapi aku merancang, Tuhan menentukan.Aku selesa dengan keadaan aku sekarang, bagai kan satu suntikan semangat baru yang tiba sejak aku melangkah masuk ke keretapi pilihan hati ku.Tapi aku lupa.Aku leka.Perjalanan aku tidak sampai ke tempat yang aku inginkan.Aku di humban keluar, dari keretapi yang aku harapkan.

Badan aku tidak luka, tapi hati aku berkecai.Aku terlalu seronok, aku terlalu berharap.Harapan kadang -kala kejam, bila terlalu tinggi, kita jatuh.Bila harapan itu ada, dan dihulurkan, puncak gunung tinggi jadi rendah.Tapi bila hampir sampai ke puncak, aku di tolak jatuh ke gaung.Gaung yang aku gelar cinta.

Jatuh cinta?aku bukan mudah jatuh cinta.Bila aku jatuh, aku jatuh sungguh.Aku tahu sekiranya jatuh cinta ,bahagian paling susah bukan untuk jatuh tapi untuk keluar, keluar dari gaung cinta.

Sekarang apa yang tinggal?Cebisan hati?hati aku dah habis.Tipu aku kata , hati aku sempurna, tipu aku kata ia sempurna buatmu, tapi apa yang aku  rasa, aku tahu.Bukan keputusan mu untuk membuat keputusan apa yang patut aku rasa.

Mungkin benar kita dua manusia berbeza, tapi itulah uniknya.Kalau semua manusia sama, pelik kan?tapi aku faham, aku faham, aku sentiasa faham.Aku kena faham, aku kena faham.Lagipun, aku bukan apa-apa, aku hanya pilihan nyata.

Wednesday, 13 February 2013

terukir kenangan Indah Bersama di Pulau Langkawi :)

Dengan lafaz Bismillah.. semoga sahabat2 semua dikurniakan kesehatan yang baik.. dan sentiase dalam rahmat ALLAH selalu.. Insyaa ALLAH :) 
 Assalamualaikum wbt.. huhuuu~ tak reti nak mulakan mcm mne.. jadi mtk maaf bebanyak kalau mmg ade ayat yg tunggang terbalik tuu.. *perkare biase* hehe.. permulaan bermulanye terukir indah kenangan menuju  destinasi ke langkawi... pade tarikh 4/2/2013.. hari isnin.. yang dari melaka bertolak naik bus ke TBS.. ade yg dari rumah ke TBS.. kami semue berkumpul di TBS... TBS dalam kenangan bersama..ecehhhh ;) kami semue kumpul kt situ la nk bertolak same2 pegi langkawi...

( muke xsabar nk bertolak pegi langkawi )heheee..

 waaaa...syoknye ... tunggu punye tunggu akhirnya.. bas sampai jgk kat TBS ambik kteorang semue.. so dari TBS kteorang bertolak pukul 1130 malam.. n Sampai kat jeti kuala perlis pukul 6.50 pagi... trun bas ..sume pegi masjid dulu utk bertemu kekasih hati..ALLAH SWT.. lepas subuh kami semue pegi makan. lepas makan pegi ke jeti tunggu feriiiii.... yahhhhoooooo....


(muke lepas bekfes =) nk pegi ke jeti )

pijak2 je kaki kat bumi langkawi.. kami semua naik bus persiaran pulak.. utk pergi ke tmpat dimane gamat dijual n gamat di proses.. tp mase kami semua datang tu gamat xdi proses.. sob3... huuu~ 



(semue tgh bz dgn gamat3.... )

lepas tu kami semua pergi ke makam mahsuri..makan tengahari n cable car... 
blh la cuci cuci mate tgk gmb seterusnye di bawah ni.. =)


(kak shida dengan posingnye depan rumah mahsuri.. hehehe)

( ke perigi mahsuri )



(ade sorg pkcik ni ckap..kalu nk muke mcm neelofa pg la perigi mahsuri..basuh muke gune air perigi tu..hahaa.. nmpk x.. imtiaz gune air tu utk ambik wudhuk.. kterg yg ade kt depan perigi tu basuh muke je.. haaaa..mmg jd neelofa betulla lpas tu.. ^^ )


( kat cable car )


pemandangan di sini.. masyaAllah.. SubhanAllah.. AllahHuakbar...cantik sangat... tenang fikiran..lapang hati..;)



(macam2 posing ade..)




ok... serba sedikit gambar utk tatapan anda semua..

lepastu.. kami semua pun chek in motel utk merehatkan diri yang kepenatan setelah seharian tak mandi.. hahaha...

lepas chek in tu..aktiviti bebas.. ade yg bermndi mande.. tp kami berlime duduk dlm bilik je.. penaaattt....

malam tu lpas mgrib baru keluar jenjalan2 cuci mate n simpan duit kat kedai..





( tasik dayang bunting )


( pantai beras basah )


(nak balik da dari pantai beras basah..) ciptaan ALLAH.. cantik sungguh pantai ni..

( ayu, kak ida, biha n kamilah )


bersambung la pade hari seterusnye.... x edit lg.. kemalasan melanda...




















Saturday, 26 January 2013

Sahabat sahabat ku yang berada bersamaku diKUIM ..

bismillah ... dan assalamualaikum =) entry kali ni nak memperkenalkan sahabat sahabat seperjuangan yang masih lagi belaja di tempat yang same... dari form 1 sampailah form5 dekat Maahad as=sultan Ahmad Shah Ad-dini  pastu sambung form 6 pulak untuk stam.. pastu masuk kuim pulak.. walaupun berbeza sem.. tp umur kami semua sama.. 21 ye tahun ni.. ulang suara 21 ye... boleh mengundi dah tuuuu... err.. xminat politik...tp undi ttp kene la... sayangilah negara islam.. jgn smpai jatuh ketangan org yg xsepatutnye... =) .. jom cuci mate tgk gmbr kt bawah ni...

( kos DPIK )
name diberi siti aminah binti rerah a.k.a insyaa ALLAH jd adik ipar.... dialah tmpat aku nk huhahuhahuha.. tumbuk2..guraw2 manje.. gadoh2 manje ..tmpt luah perasaan pon ye jgk.. hehe... periang orgnye... mulut bising sape nak main lawan mulut cubela.. msti kalah.. =)  tarikh lahir kami same 15 Jun 1992 .. time kua dari perut je lain2.. aku kat pahang... die kt perak.. siti aminah ni ade kembar laki.. 

( Kos DTQ )
kembar kepada siti aminah rerah .. name diberi muhamad hanifuddin bin rerah.. (MHR)
dan Insyaa ALLAH satu hari nanti akan mnjadi bakal Imamku... =) Aamiin.. seterusnyaaa...

 ( kami kos DPSM )
takde gambar dye sorang2 la dlm laptop ni.. malas nk on blutot laptop.. abaikan yg tudung brwarne hitam tu ye... mataku julinggggg... sume gara2 contact lense..*kalau salah eja harap maklum ye* =) yang tudung berwarna putih ala2 krim tu name diberi fatin nur syazwani   =) ... kami memang dari sekolah lagi selalu dalam kelas yg same..mase sekolah dulu duduk asrama ..time f6 kiteorg berdue dapat bilik sebelah sebelah.. aku dorm 6A wani  6B.. pegi sekolah same2,rehat same2,gosip same2. g stdy same2. g masjid same2 sumenyelah same2.. rindu sangat semue memori tu.. =(  masuk kuim pun kos same.. jodoh2... =) tp kami x same sem pon... sedih... =(  and last sekali ni die..

 ( Kos DPSM )
muhd azreen zainuddin... satu kelas jgk dari dulu.. =) 

korang2 yang masih berjuang lagi dikuim jgn lupekan diri ni ye... truskan perjuangan... jangan jeles aku da last sem... =) sayang korang semue ..sahabat dunia akhirat =) 
~kisah tamat~