~* Rasulullah saw mempunyai rasa malu terhadap Allah, ia
terserlah dalam kisah mikraj iaitu di saat Rasulullah menerima perintah secara
langsung supaya umatnya mengerjakan solat..
Pada peringkat awalnya, Allah memerintahkan solat sebanyak
50 waktu sehari..Baginda menyanggupi, namun nabi dan Rasul lain yang ditemui
dalam perjalanan mikraj menasihati bahawa tugas itu terlalu berat bagi umat
Muhammad..
Lantas Baginda meminta keringanan sehingga bilangan solat
dikurangkan kepada lima waktu sehari..dan di saat itu, Baginda diingatkan
sekali lagi bahawa solat lima kali sehari pun masih terlampau berat..namun,
Baginda berasa AMAT MALU untuk kembali meminta keringanan daripada Allah..
Allah..:'(
Jangan meninggalkan solat,
Dan solatlah di awal waktu..
Hargailah PENGORBANAN Baginda ini ♥
No comments:
Post a Comment