Sunday, 26 May 2013

Tegur Ku Kerana Sayang ..


Assalamualaikum..
(for you MHR)


 Segala puji bagi ALLAH, pemilik nyawa ini..ALLAHUAKBAR..
Ya ALLAH..
HambaMu ini hanya insan kerdil di sisiMu..
Walaupun kerap kali tewas dek bisikan-bisikan nafsu..
Walaupun acap kali tersungkur di lambung ombak perasaan..
Walaupun sering kali rebah dan bangun silih berganti..
Engkau tetap menyayangi diri ini..
Syukurku yang tidak terhingga kepadaMu:
Doaku yang sentiasa Engkau dengari..
Luahan hati telah sarat HambaMu ini kirimi..
Dan tanpa jemu Engkau memberkati diri ini..
HATI..
Hati ini Ya ALLAH, Hati ini yang begitu rapuh diamuk badai dunia..
HambaMu ini cuba untuk berlagak "kuat"..
HambaMu ini cuba untuk tidak goyah..
HambaMu ini cuba untuk tidak melatah..
Namun, kadangkala ia rebah jua..
Astagfirullahalazim..HambaMu ini memohon keampunan dari Engkau Yang Maha Hebat..
Ya ALLAH..
Kadangkala hati ini terasa begitu "gagah" di saat menerima uijian dariMu..
Namun, kadangkala hati ini beralih arah, berbolak balik dan resah menyelimuti kalbuku..
Kerana itu Ya ALLAH, Engkau ampunilah dosaku Ya ALLAH..
Hati ini dalam peganganMu..Engkau penuhkanlah ia dengan cahaya keimanan..
Ya ALLAH..
Dugaan dunia ini maha hebat..
HambaMu ini takut Ya ALLAH..
HambaMu ini gentar Ya ALLAH..
HambaMu ini hamba yang sentiasa khilaf Ya ALLAH..
Dengan itu, Engkau bimbinglah hati ini Ya ALLAH..
Kerana hambaMu ini tahu, hambaMu ini sedar..Yang segala-galanya bermula dengan hati..
"Innamal a'malu binniyat" : Sesungguhnya segala amalan itu bermula dengan niat..Dan niat itu tentulah datang dari hati yang tulus suci..
Maka dengan itu Ya ALLAH, Engkau pimpinlah hati ini menuju ke jalanMu..Amin Ya Rabb..



* ya Allah teguranku pada hambamu itu kerana sayang,, teguran ku pada hamba mu itu sebagai ingatan bersama ,teguran ku pada hambamu itu tanda kasihnya diri ini utknya.. ya Allah.. teguran ku pada hambamu itu kerana inginkan timbulnya kesedaran dalam diri serta jiwanya ya Allah.. teguranku pada hambamu itu..ya Allah.. tanda masih ada orang sekeliling yang masih mengambil berat tentangnya.. walaupun hnya cuma aku yang jahat ini.. walaupun cuma aku yang tidak tahu dimana terletak dalam kotak hatinya.. mungkin.. kata-kata ku hanya seperti angin .. hilang tanpa dihiraukan..  andai itulah yang berlaku Ya Allah.. Kau jagakanlah dia utkku.. kerna ku x mungkin mampu jaga dia seperti mana kau menjaga hati hamba hambamu.. bantulah dia dalam mencari erti kehidupan.. bantulah dia dalam mendidik hati menjadi lebih baik dari sebelumnya.. serta anak yang soleh..aku hanya mampu berpesan dan berpesan seta menasihatinya..Maafkan diri ini kerana mungkin banyak melukakan hati dalam berkata-kata. tp percayalah teguranku itu kerana sayang..Aku adalah aku.. yang masih setia dalam penantian...moga kau akan mengerti penantianku ini.. penantian dari seorang  yang mungkin kurang dari ilmunya..yang terlalu byk kekurangan... ttapi angan-angannya yang tinggi mahukan seorang yg serba serbi .. maafkan aku.. :'(  ambil yang jernih ,,buang yang keruh.. ayuhla.. kita sama sama menjaga buku baru yang telah dicipta ini.. kerana kisah dulu menjadi pengajaran buat kita berdua.. aku mohon kau dan aku.. tidak akan mengulangi nya lagi :'(

 Perjalanan masih jauh,masih banyak yang perlu ditempuh.
Pelbagai dugaan menanti dihadapan.
Yakinkanlah hati bahawa dugaan Allah tanda kasih sayangNya.
Tabahkanlah hati bahawa tiada masalah yang tiada penyelesaiannya.
Tetapkanlah hati agar tidak putus asa di atas rahmatNya.
Kuatkanlah hati agar sentiasa mengingatiNya di saat duka dan gembira.
Pesanlah pada hati bahawa tiada duka yang abadi.
Kuatkanlah semangat kerana Allah tidak akan menguji hambanya lebih dari kemampuan mereka.

Ya Allah ,
Bantulah kami mencari keredhaanMu.
Bantulah kami kembali ke jalanMu.
Bantulah kami mendapatkan hidayahMu.
Bantulah kami menyedari segala kesilapan diri.
Bantulahkami menyesali segala kehilafan diri.
Bantulah kami yakin padaMu.
Bantulah kami mendekatkan diri kepadaMu.
Bantulah kami mencari pintu taubatMu.
Bantulah kami terangi hidup dengan CahayaMu.
Bantulah kami bersyukur di atas rahmatMu.
Bantulah kami menerima petunjukMu,
                                                              Bantulah kami mencintaiMu.





                                                       

No comments:

Post a Comment